KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 1 :

 

 NAMA   JANTINA  UMUR   BANGSA PERNIAGAAN 
FAKHRULRAZI BIN IBRAHIM  LELAKI  30  MELAYU PEMAKAIAN SUKAN

 

 

Latar belakang

Memulakan perniagaan secara dropship menggunakan platform internet dengan menggunakan media sosial seperti Facebook Marketplace, Whatsapp Business, dan Carousell. Berjaya mendapatkan jualan sampingan dengan membuat jualan alatan sukan seperti kasut futsal, jersey, stoking sukan, seluar sukan, bola dan lain-lain.Kadar keuntungan meningkat 50%++ dan lebih menyeluruh ke seluruh Malaysia. Kadar keuntungan meningkat dan dapat memfokuskan target market.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memasarkan barangan secara terus dengan membuka gerai di pusat sukan futsal dan acara sukan. Tidak melibatkan jualan melalui pasaran internet. Kadar keuntungan rm 100-200.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Memudahkan untuk memasarkan produk ke pasaran media sosial dan website e-commerce.

 

Apa yang dipelajari melalui PI1M

Cara penggunaan pantas dalam memasarkan pasaran lebih meluas dengan menggunakan pelbagai platform jualan.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Penggunaan internet dan kemudahan komputer yang banyak membantu memudahkan dalam memasarkan produk. Mudah untuk mempelajari dengan bantuan staff ICT yang ramah dan mesra jika terdapat kesulitan.

 

PRODUK_RAZI.jpg

 

KISAH KEJAYAAN USAHAWAN 2 :

 

 NAMA   JANTINA   UMUR   BANGSA PERNIAGAAN

 HAMIDAH BT MAT SHAARI 

 PEREMPUAN   39   MELAYU  

   

MENJUAL MAKANAN ONLINE

PAKAIAN BUNDLE

PEWANGI KERETA DAN RUMAH

MENJUAL PELITUP MUKA KAIN

BISKUT RAYA

 

 

Latar belakang

Saya mula berniaga sejak tempoh pkp bermula april 2020. Saya menjual pelbagai makanan contohnya tauhu begedil,kuih lopes tradisional,popia cabonara frozen, biskut tart nenas,tart blueberry,semperit klasik.selain daripada menjual makanan,saya juga menjual hasil laut seperti ikan kembung yang saya ambil dari pantai remis.saya juga menjual pakaian perempuan bundle di rumah dan juga penutup muka @ mask yang diperbuat daripada kain. Yang terakhir saya juga menjual pewangi kereta dan pewangi rumah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

  •       Kurang dikenali dan pelanggan melalui dari individu kenalan rapat
  •       Akaun media sosial tidak aktif
  •       Pemintaan tidak terlalu tinggi
  •      Jualan hanya rm 100 kebawah

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

  • Jualan mendapat sambutan dari media sosial iatu akaun facebook dan melalui status whatsapp
  • Akaun media sosial facebook mula aktif dengan post berkaitan perniagaan yang dijalankan
  • Permintaan dari pelanggan meningkat.
  • Jualan mula naik dari rm 100 ke rm 800.

 

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

Membantu mempromosi dan menyediakan latihan ict seperti kursus pengendalian makanan,shopee,kursus smartphoto,e-usahawan dan sebagainya.

 

 produk_k.midah.jpg