Dikenali dengan panggilan Kak Umi. Beliau merupakan kakitangan awam yang telah bersara pada tahun 2015. Pada awalnya beliau merupakan pelajar kelas pengajian al Quran al Baghdadi yang bertempat di Pekan Parit dengan niat untuk memantapkan lagi tajwid al Quran pada 2013.

Kesinambungan daripada itu, beliau berhasrat untuk berkongsi ilmu yang dipelajari dengan membuka kelas pengajian al Quran pada tahun 2014 secara sambilan yang beroperasi di rumah.

Selepas bersara beliau mempunyai banyak masa yang terluang makan beliau bertindak untuk membuat kelas secara series dengan menyewa kedai di Seri Iskandar (Center Al Baghdadi untuk Ibu hamil) dan juga di PI1M Parit (Pengajian tajwid al Quran untuk Wanita dan belia) sehingga kini.

  

Nasrul Bin Mohamed. 

Tidak menyangka minatnya dalam bidang seni sejak dibangku sekolah lagi telah mendorongnya bergiat serius sebagai usahawan pengiklanan. Menurut Nasrul, kejayaannya sekarang bukan diperoleh dengan mudah, tetapi selama mengharungi segala cabaran selama hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia pengiklanan, masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari dan diterokai.

 

Berbekalkan Diploma Senibina dari Politeknik Merlimau beliau mengolah ilmu dan semangat yang kental untuk menerokai pasaran pengiklanan yang banyak dikuasai oleh bangsa lain. Disebabkan sikap yang tidak pernah jemu, beliau banyak belajar dari pengalaman yang dilalui dan bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat lelah dalam mencari idea-idea baru. Prospek dalam bidang pengiklanan nyata memberi lonjakan pasaran kerana bidang ini sendiri mempunyai skop permintaan yang luas dan tidak terhad dan pengguna amat memerlukan samada di sektor kerajaan, swasta, perniagaan, dan kegunaan sendiri.

 

HASIL SENI ENTERPRISE telah didaftarkan pada 2006 bertanggungjawab membangunkan bidang pengiklanan dalam memenuhi keperluan setempat. Kepuasan dan menyelesaikan masalah pelanggan menjadi keutamaan beliau dalam meneraju bidang pengiklanan ini.

 

Antara produk yang dikeluarkan oleh HASIL SENI ialah papan tanda, carta, nombor kenderaan, pelekat potong, pelekat produk termasuk merekabentuk kain rentang, menerima tempahan baju T samaada cetak saring atau ‘heatpress’ dan yang berkaitan pengiklanan.

 

Berkat kesungguhan dan azam yang kuat, beliau meneruskan empayar HASIL SENI dengan membuka lagi  cawangan bagi terus berkembang maju dan berjaya disamping memberi sumbangan kepada pelanggan-pelanggan baru.

 

 

 

Cabaran yang dihadapi beliau sepanjang melibatkan diri dalam bidang ini teramat banyak dan dijadikan motivasi. Antara cabaran yang perlu ditempuhi ialah dalam memenuhi kehendak dan ragam pelanggan dimana memerlukan idea-idea yang baru dan kreatif untuk mengeluarkan rekabentuk-rekabentuk yang menarik.

 

Dengan cabaran ekonomi yang turun naik disamping persaingan yang sengit, beliau akan terus melebarkan sayap perniagaan dalam memajukan perniagaan bumiputera.