Syaza Izzati bt. Yaacop dan Mohammad Shaiful Azlan bin Mohd Najib (DapoShaaAlaan)
Latar Belakang
Mula berniaga pada awal bulan Mac 2017 secara serius dan sepenuh masa di media sosial. Perniagaan nasi lemak hulk dan chicken chop secara delivery di sekitar Perak Tengah, Manjung, Kuala Kangsar dan Teluk Intan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Jualan hanya dilakukan secara offline atau terus pada pelanggan sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Promosi dapat ditingkatkan melalui media social dan rangkaian
Nama produk mula dikenali dan pelanggan juga turut bertambah
Pelbagai maklumat baru diperolehi mengenai cara mempromosikan produk.
Peningkatan pendapatan RM500 ke RM2000 sebulan.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM
Manfaatkan internet dan teknologi menerusi Biz Online DapoShaaAlaan
BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Membantu mempromosi dan menperkenalkan produk DapoShaaAlaan
Aida Bt. Abd Gani
LATAR BELAKANG
Merupakan seorang guru Kafa. Oleh kerana tugasan sebagai guru kafa yang sangat mencabar iaitu menyediakan laporan sekolah yang banyak melibatkan kemahiran komputer terutama Microsoft office maka saya mengambil initiatif untuk lebih mendalami dan memahirkan diri saya berlajar di PI1M Parit. Saya dan juga kumpulan guru kafa Perak tengah telah mengikuti Kurusu di PI1M Parit pada bulan Feb 2017.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Kurang mahir menggunakan Microsoft Office
Tidak tahu menggunakan email, download dokumen dan sebagainya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Tahu menggunakan komputer, email dan Microsoft office
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM
Saya boleh menggunakan excel terutamanya dalam membuat jadual dan yang melibatkan pengiraan (formulasi excel). Saya juga tahu dan pernah menggunakan komputer untuk menjawab soalan kuiz online dan ianya merupakan ilmu baru dan boleh dimanfaatkan kepada pelajar saya kelak.
BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
PIM memberi kemudahan dan memudahkan saya menggunakan komputer untuk membuat laporan sekolah.
Pertugas juga memberi tunjuk ajar ketika saya perlukan. Cth: membuat header and footer dalam Microsoft Word.
Mengetahui tentang jenayah dan keselamatan internet melalui taklimat KDB yang dianjurkan oleh PIM Parit.
Rozita Bt. Othman
LATAR BELAKANG
Pertengahan Tahun 2015 saya bermula sekadar suka-suka. Bermula dari detik itu saya telah mendapat permintaan dari rakan-rakan dan saudara mara menguatkan semangat saya untuk meneruskan minat tersebut. Pada penghujung tahun 2015 saya mula menambah dan mendalami ilmu dengan menghadiri kursus bakeri serta mempraktikan segala yang dipelajari dengan lebih baik.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Jualan hanya dilakukan secara offline atau terus pada pelanggan sahaja.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Promosi dapat ditingkatkan melalui media social dan rangkaian
Nama produk mula dikenali dan pelanggan juga turut bertambah
Pelbagai maklumat baru diperolehi mengenai kaedah pembuatan dan cara mempromosikan produk.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM
Memaksimumkan penggunaan ICT melalui bisnes online.
BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Membantu mempromosikan produk tempatan
Muhammad Yus Zaidy Danial Bin Yus Osmer
LATAR BELAKANG
Berumur 16 tahun dan masih besekolah di SMK Iskandar Shah Parit, juga merupakan pengawas sekolah
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Tidak pernah menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai salah satu perisian yang membantu menghasilkan poster dan editing gambar
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Mengetahuai penggunaan asas perisian Adobe Photoshop serta mahir dalam menghasilkan reka bentuk iklan dengan lebih kretif dan menarik.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM
Sekarang saya semakin berminat dalam menggunakan perisian Adobe Photoshop sebagai satu medium yang sangat membantu saya dalam mengasilkan reka bentuk, editing photo dan rekaan design dengan lebih menarik
BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Pendedahan mengenai cara menggunakan perisian Adobe Photoshop
Mengaplikasikan kemahiran Adobe Photoshop dalam manghasilkan rekaan yang lebih kreatif dan menarik
Muhamad Aminnur Hidayat Bin Zainal Abidin
LATAR BELAKANG
Awal tahun 2016 saya bermula hanya dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasil rekaan banner, poster & baju. Bermula dari detik itu saya telah mendapat permintaan dari rakan-rakan yang kebanyakannya datang bertanyakan khidmat tshirt printing. Pertengahan tahun 2016 saya mula mencari ilmu dalam bidang percetakan Tshirt yang dikenali dengan kaedah silkscreen iaitu cetakan dengan menggunakan kain sutera. Hasil dari ilmu yang dipelajari saya telah mempraktikan segala yang dipelajarai seterusnya hasil kerja saya mula mendapat tempahan sikit demi sedikit.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Masih belajar di Politeknik dan menjalani latihan industri. Sepanjang tempoh itu, mencari idea untuk perniagaan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM
Mengakses maklumat yang boleh dijadikan rujukan.
Mereka cipta logo perniagaan sebagai satu tarikan untuk pelanggan mudah mengenali
Mengakses pautan Youtube mengenai kaedah cetakan silkscreen, idea rekaan, cara-cara untuk mempromosikan perkhidmatan melalui atas talian.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM
Pembelajaran tentang cara mempromosikan perkhidmatan diatas talian contohnya menggunakan aplikasi dashboard MyShop sebagai satu perisian dalam mengiklankan perkhidmatan yang saya jalankan.
BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
Menyediakan ruang yang selesa dan komputer yang banyak serta berkeadaan baik untuk digunakan ketika mencari idea atau rujukan
Kelajuan internet yang memuaskan membolehkan saya mengakses beberapa aplikasi suntingan dengan baik sekali tanpa sebarang halangan. Kerja kami menjadi mudah dan senang dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan