ASSALAMUALAIKUM,

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Parit mengucapkan SELAMAT DATANG & TERIMA KASIH kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) Berhad dan MSD Digital Intelligence, di bawah program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberikan kemudahan serta perkhidmatan ICT kepada komuniti setempat khususnya di kawasan luar bandar. 

Penubuhan PEDi ini adalah salah satu usaha bagi merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar, di samping memberi pendedahan terhadap teknologi komputer dan internet kepada komuniti Parit agar setaraf dengan masyarakat di bandar. Antara lain, PEDi  ini diwujudkan di Parit bagi memberi pendekatan kepada masyarakat mengenai penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian sekaligus dapat memberikan pendedahan yang menyeluruh kepada komuniti Parit.

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PEDI PARIT :           

  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti setempat. 
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat setempat terhadap teknologi komputer dan internet 
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan. 
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan. 

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PEDi PARIT :     

  • Komputer & Internet
  • Fotostat, printing & scanning
  • Binding & Laminate
  • Menaip Surat
  • Urusan Portal Goverment
  • Puspakom, Perkeso & SSM
  • E-Perolehan (Lesen Kewangan)
  • Design Poster, Banner & Resume

 

LATIHAN YANG DITAWARKAN DI PEDi PARIT :       

  • Kelas Asas Komputer
  • Kelas Microsoft Office & Google
  • Kursus Pengendalian Makanan 
  • Kelas Keushawanan (Shoppe & Tiktok)
  • Kelas Multimedia (Canva, Photoshop, Adobe Illustrator)

 

JUMLAH AHLI PEDi PARIT :       

PEDi Parit telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2015. Ramai yang telah mendaftar dengan PEDi Parit dan telah menggunakan perkhidmatan dan latihan yang kami berikan. 

 

 AHLI LAMA

2236

 AHLI BARU BULAN OKTOBER 2023

19
KESELURUHAN PADA 1 NOVEMBER 2023 2260

 

 

KENALI PETUGAS PEDi PARIT :       

Untuk menjadi petugas PEDi, kami harus melalui beberapa proses sebelum secara sah dilantik menjadi petugas PEDi. Tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Kenali kami;

               

                PENGURUS                                       PENOLONG PENGURUS

                                                                       

  NOR ZARINA BT ABDUL RAHMAN                     KHAIRUN SHAHIRA BT JAMALLUDDIN

  TARIKH BERKHIDMAT : 11 MAC 2015                TARIKH BERKHIDMAT : 10 OGOS 2022

  

LOKASI PEDi PARIT :       

NO 148, JALAN HAJI WAHAB, 

32800 PARIT 

PERAK DARUL RIDZUAN

https://goo.gl/maps/5S2ozAUeghd5buJE8

 

Screenshot-2023-08-07-092904

 

WAKTU OPERASI PEDi PARIT :       

Dibuka Setiap Hari (kecuali cuti umum)

(9.00 Pagi - 6.00 Petang)