TARIKH  5 NOVEMBER 2022
MASA 2.30 PM - 4.30 PM                           
LOKASI PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
PESERTA 9 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUHAMMAD
UMUR 13 HINGGA 14 TAHUN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan :

    • Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Tujuan utama diadakan KDB ini adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada peserta dan dalam masa yang sama untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Selain itu, program KDB ini juga bertujuan untuk memberi rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta semasa menggunakan Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara modul program adalah seperti Internet dan Anda, Maklumat Palsu, Oversharing, Penipuan Internet dan Buli Siber. Berikut merupakan antara komponen yang telah dikongsikan

       

    • KESELAMATAN-Untuk mendidik peserta agar menggunakan internet dengan cara yang selamat seperti tidak mendedahkan info diri seperti kad pengenalan, no akaun dan sebagainya

    • KEWASPADAAN-Untuk menggalakkan peserta untuk berwaspada semasa berinteraksi di online, berhati-hati apabila berkongsi maklumat dan sebagainya

    • TANGUNGJAWAB-Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.

    • GAMBAR DISINI