TARIKH | 29.10.2024, SELASA |
MASA | 3.00 - 4.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT (PLATFORM : ZOOM MEETING) |
PROGRAM |
STRATEGI MEMULAKAN PERNIAGAAN
|
PESERTA | 6 ORANG USAHAWAN |
Webinar Business 101 dengan Modul Strategi Memulakan Perniagaan pada 29 Oktober 2024. Seramai 6 orang usahawan di sekitar NADI Parit hadir pada sesi yang dianjurkan kali ini. Kursus ini menerangkan pengetahuan asas untuk memulakan perniagaan seperti bajet, promosi dan pemasaran perniagaan secara asas. Sijil penyertaan diberikan oleh MTDC bagi setiap peserta.
TARIKH | 27.10.2024, AHAD |
MASA | 10.30 AM - 12.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & INTERNET
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office 2021 dengan modul-modul seperti Microsoft Word, Excel, Power Point dan Canva dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan tugasan dengan efisyen dan mengikut format yang lebih sistematik, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 22.10.2024 (SELASA) |
MASA | 10.00 AM - 11.00 AM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
TAKLIMAT NADI MAHIR
|
PESERTA | 6 ORANG PESERTA |
Seramai 6 orang peserta MAHIR yang hadir di NADI Parit hari ini menerima Taklimat Perlaksanaan Kursus Kemahiran : Mahir Masak, Fotografi, Pertanian Pintar, Jahitan dan Baiki Gadget secara atas talian. Taklimat ini memberi penerangan tentang cara-cara perlaksanaan Kursus Kemahiran Mahir dan hadir yang akan diberikan sekiranya peserta berjaya menamatkan kursus ini.
TARIKH | 27.10.2024, AHAD |
MASA | 10.30 AM - 4.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & MULTIMEDIA
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office 2021 dengan modul-modul seperti Microsoft Word, Excel, Power Point dan Canva dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan tugasan dengan efisyen dan mengikut format yang lebih sistematik, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 20.10.2024, AHAD |
MASA | 11.00 AM - 9.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
PERLAWANAN SARINGAN E-SPORT MOBILE LEGENDS
|
PESERTA | 48 ORANG PESERTA (KATEGORI BAWAH 18 TAHUN) |
Perlawanan Saringan E-Sport yang berlangsung di NADI Parit pada 20 Oktober 2024. Seramai 48 orang peserta dari 8 kumpulan yang bertandingan. Setiap kumpulan terdiri daripada 5 pemain dan 1 simpanan. Setiap pasukan diberikan peluang bermain sebanyak 2 pusingan dan secara kalah mati. Kumpulan Maximum Requim menjadi juara dan sekaligus terpilih sebagai wakil NADI Parit ke peringkat negeri. Sijil penyertaan dan hadiah berupa hamper dan peralatan gaming diberikan kepada pemenang.