2

 

Parit ialah sebuah pekan yang  terletak  dibawah pentadbiran Majlis Daerah Perak Tengah yang beribu pejabat di Seri Iskandar, Perak. Parit berdekatan dengan Bota, Seri Iskandar, Beruas dan Batu Gajah. Pada tahun 1979, Parit dikeluarkan dari Daerah Kuala Kangsar dan digabungkan ke dalam pentadbiran daerah iaitu Daerah Perak Tengah.

 

Majlis Daerah Perak Tengah telah ditubuhkan pada 1 Disember, 1979 iaitu setelah diluluskan penubuhannya oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam perjumpaan Bil. 936 bertarikh 20 November 1979. Penubuhan Majlis Daerah Perak Tengah ini selaras dengan penyusunan semula penguasa-penguasa tempatan seluruh Malaysia.

Dengan tertubuhnya Majlis Daerah Perak Tengah ini, maka terhapuslah dua penguasa tempatan yang wujud sebelum ini iaitu:

  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Parit
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan Luar Bandar.

 

Parit  merupakan Ibu Daerah Perak Tengah yang pertama sebelum bandar Seri Iskandar mengambil alih pusat pentadbiran daerah itu ketika ini.

 

Penduduk parit menurut statistik banci 2020 adalah seramai 60,988 orang dengan komposisi etnik penduduk yang terbesar adalah Bumiputera (95.9%), diikuti oleh India (2.4%), Cina (1.5%) dan lain-lain (0.2%). 

 

menara jam parit

 Jam tinggi yang terletak di tengah-tengah pekan Parit menjadi mercu tanda perpaduan sehingga ke hari ini.