SEJARAH SEKOLAH SK ISKANDAR SHAH, PARIT.
Mula ditubuhkan pada Februari 1949 sebagai ‘ Iskandar Shah Primary School’ Parit.
Tiada bangunan– menumpang dua rumah kerajaan dan rumah kampong.
Menjadikan Bangunan Government Recreation Club (primary 1) dan Sekolah Arab (special Malay Class); sewa RM 10.00 sb.
Bilangan murid : 86 orang— dua buah kelas (Primary One (46) dan Special Malay Class (40).
Guru Besar pertama : Kapten Syed Shaidali (belas Clifford, Kuala Kangsar)
VISI
“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”
MISI
MENYAMBUNGKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
SK ISKANDAR SHAH, PARIT
SEJARAH SEKOLAH SK ISKANDAR SHAH, PARIT.
Mula ditubuhkan pada Februari 1949 sebagai ‘ Iskandar Shah Primary School’ Parit.
- Tiada bangunan– menumpang dua rumah kerajaan dan rumah kampong.
- Menjadikan Bangunan Government Recreation Club (primary 1) dan Sekolah Arab (special Malay Class); sewa RM 10.00 sb.
- Bilangan murid : 86 orang— dua buah kelas (Primary One (46) dan Special Malay Class (40).
- Guru Besar pertama : Kapten Syed Shaidali.
VISI
“SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG”
MISI
MENYAMBUNGKAN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI
Jumlah Murid : 303 Orang
Jumlah Guru : 30 Orang
SMK ISKANDAR SHAH, PARIT
SMK Iskandar Shah mula dicadangkan penubuhannya oleh Raja Shahar Shah yang pada waktu itu merupakan Anggota Majlis Dewan Legislatif Negeri Perak pada 1947. Kerajaan Kolonial Iggeris telah meluluskan penubuhan Sekolah Menengah Ingeris tersebut dan pelajar kumpulan pertama telah diambil pada sesi persekolahan Jan 1949.
Bangunan pertama adalah menumpang di rumah penduduk yang tidak digunakan. Dari tahun 1949 sekolah telah berkembang dan pada tahun 1954 pelajar kumpulan pertama mengambil Peperiksaan Senior Cambridge dan juga Oversea School Certificate.
Sekolah ini dikenali dengan nama Goverment English School Parit atau GES Parit. Pada tahun 1960an nama tersebut bertukar kepada Isndar Shah Secondary School Parit dan mula mengambil pelajar aliran Melayu.Sekolah ini berkembang dengan sangat pesat di tahun 1970an dan merupakan Sekolah aliran Inggeris bercampur yang sangat terkemuka bagi kawasan luar bandar.
Selepas penubuhan Malaysia pada 1963 beberapa tahun selepas itu pelajar pelajar dari Sabah dan Sarawak mula diterima masuk belajar di sekolah ini di bawah program Rancangan Khas. Ini disebabkan sekolah ini telah mendapat Asrama Lelaki yang bagus dan moden. Yayasan Sabah dan Kerajaan Negeri Sarawak telah menghantar ramai kumpulan pelajar ke sekolah ini sehingga tahun 1980an.
Perkembangan sekolah naik setingkat lagi pada tahun 1979. Pada tahun 1979 kumpulan pertama pelajar tingkatan Enam Luar Bandar telah diambil. Seramai 60 pelajar yang mendapat Grade 1 dan 2 telah terpilih memasuki kelas Tingkatan 6 Bawah jurusan Sastera. Pelajar Tingkatan 6 tersebut datang dari Sekolah Iskandar Shah, Sekolah Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan dan Sekolah Raja Shahriman Beruas.
Kumpulan pertama tersebut telah menduduki pepereksaan HSC dan STP pada 1980 dan mereka mendapat kelulusan 100% Seramai 18 pelajar tepilih memasuki Universiti Awam dan Institut Teknologi Mara dan selebihnya memasuki Maktab Maktab Perguruan di seluruh Malaysia.
Bahasa Perancis telah mula diajarkan di sekolah ini bermula pada tahun 2016 sesuai dengan Anjakan Kedua dalam Pelan Pembangunan Pendidikan. Sebagai sebuah sekolah premier, sekolah ini layak untuk diberikan keistimewaan satu subjek Bahasa Antarabangsa dan subjek Bahasa Perancis telah dipilih oleh Kementerian pendidikan.
Projek rintis ini dimulakan dengan seramai 40 orang pelajar dari kelas Rancangan Khas dan mendapat bimbingan sepenuhnya dari Guru Bahasa Perancis, En. Athir Asyraf Bin Abdul Ghani.Banyak aktiviti berkenaan Bahasa Perancis telah dirancang dan dilaksanakan. Antaranya adalah mengambil peperiksaan Delf bagi semua pelajar yang mempelajari bahasa ini.
SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT
Pada 1 Julai 1968, sekolah ini memulakan peranannya sebagai institusi pendidikan dengan nama Sekolah Menengah Penghantar Melayu (SMPM). Nama tersebut digunakan bertujuan untuk memisahkan daripada sekolah Menengah Iskandar Shah (SMIS) yang menggunakan Bahasa Ingeris sebagai bahasa penghantar. Apabila SMIS menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sepenuhnya, nama SMPM dirasakan tidak lagi begitu sesuai. Justeru, timbul cadangan untuk menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sempena nama Sultan Perak ke-14, yang makamnya terletak di Pulau Tiga, Kg. Gajah. Pada tahun 1980 rasmilah sekolah ini dengan nama Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah sehinggalah ke hari ini.
Pada tahun 1968 hingga 1989, sekolah ini hanya mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Seterusnya pada tahun 1990 sekolah ini semakin berkembang dan mampu mewujudkan kelas dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Dari segi kemudahan fizikal, sekolah ini mempunyai pejabat pentadbiran, bilik guru, makmal sains, pusat sumber, koperasi sekolah, bilik operasi kurikulum, asrama, kantin dan lain-lain kemudahan asas.
Pada 1 Disember 1991, sekolah ini diamanahkan untuk mengurus hal ehwal pentadbiran asrama putera yang pada asas pembinaannya untuk Sekolah Menengah Iskandar Shah. Penghuni asrama terdiri daripada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah dan Sekolah Menengah Iskandar Shah. Tetapi, pada bulan Januari 2002, penghuni asrama hanya terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah ini bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran asrama. Pada bulan Ogos 2007, bangunan asrama putera (bekas bangunan kayu sekolah lama) telah dirobohkan untuk untuk tujuan pembinaan asrama baru yang serba lengkap.
Pada tahun 2000, Jabatan Pelajaran Negeri Perak telah memberikan kebenaran untuk membuka dan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran kelas Sains Tulen. Hal ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang dapat menjuruskan diri dalam bidang sains dan teknologi agar bersesuaian dengan hasrat kerajaan dalam menuju era Wawasan 2020. Pada pertengahan tahun 2001 sekolah ini telah memperoleh sebuah bangunan makmal komputer, sementara bilik ekses telah dibuka pada tahun 2007.
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran telah dibuka pada awal Januari 2002 yang para pelajarnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah yang dikategorikan sebagai menghadapi masalah pembelajaran. Pada tahun 2002 sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tiga tingkat (penyerahan rasmi pada 7.7.2003) yang mempunyai kemudahan yang serba lengkap