LUKISAN MURAL DI MEMORY LANE, PARIT

 

Antara tarikan lain yang ada di Pekan Parit adalah Memory Lane. Memory Lane ini mempunyi keunikkan jalan yang cantik serta lukisan mural di dinding-dinding bangunan lama untuk menarikkan lagi laluan Memory Lane di Parit ini

 

 


 

 MERCU TANDA PEKAN PARIT
 
Pekan Parit kini mempunyai satu lagi mercu tanda baharu yang terletak di persisiran Sungai Perak. Keunikan mercu tanda ini ianya diterangi dengan lampu LED pada waktu malam. Projek pembinaan mercu tanda baharu di pekan Parit ini dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan daripada Ahli Parlimen Parit, YB Dato' Mohd Nizar bin Zakaria pada Jun 2022.
 
 

 

 JAMBATAN CEMPAKASARI PARIT/BELANJA, PULAU CEMPAKASARI & RUMAH REHAT CEMPAKASARI

 

Jambatan Pejalan Kaki Parit/Belanja Di Pekan Parit telah dirasmikan pada  11 Mac 2010 bersamaan hari Khamis oleh YAB Dato' Seri Dr. Zambry Bin Abdul Kadir (Menteri Besar Perak). Pulau Cempakasari  pula merupakan pulau yang terletak ditengah-tengah  Jambatan ini, ia adalah penghubung diantara Pekan Parit & penduduk di kampung seberangnya iaitu Belanja kiri dan lain-lain kampung. Berhampiran Jambatan ini juga terdapat sebuah Rumah Rehat Cempakasari yang kini sering menjadi tempat persinggahan para pelancong yang singgah di Pekan Parit.

 

      

 

          


 

 MURAL SENI, PARIT

 

Antara tempat menarik yang terdapat ditengah-tengah pekan parit adalah Mural Seni di Pekan, ParitLukisan Mural ini merupakan Projek Kolaborasi Seniman Asia Tenggara (SAGER) diantara Malaysia,Indonesia & Filipina. Bukan itu sahaja, Mural Seni ini juga merupakan hasil kreativiti dari pelajar UiTM Seri Iskandar yang melukis mural diatas lantai sebagai salah satu konsep mural baru dan ditambah dengan elemen kelestarian alam dengan menanam pokok sekitar kawasan ini dan meletak kan bangku seperti pangkin supaya orang ramai boleh berehat di sini dan menyaksikan keindahan mural yang dilukis mereka.