TARIKH | 14 FEBRUARI 2023 |
MASA | 9.00 AM - 12.30 PM |
LOKASI | SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT |
PROGRAM |
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
(BULI SIBER, PENGANTUNAN DALAM TALIAN & KETAGIHAN INTERNET)
|
PESERTA | 150 ORANG PELAJAR |
PEDi Kluster Perak Tengah yang terdiri dari PEDi Parit, Pedi Seri Iskandar, dan Pedi Sungai Galah telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber, Pengantunan dalam talian dan Ketagihan internet pada 14 Februari 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah, Parit.
Program KDB bertujuan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar mengenai keselamatan dan jenayah siber. Semoga setiap perkongsian yang disampaikan kepada para pelajar memberi manfaat dalam melayari dunia alam siber. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran dalam mewujudkan keharmonian penggunaan internet secara positif.