TARIKH | 19 OGOS 2023 |
MASA | 2.30 PM - 4.30 PM |
LOKASI | PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PARIT |
PROGRAM | STEM : POSTER SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN |
PESERTA | 20 ORANG PELAJAR MTQ ADDIN 9 |
UMUR | 10 TAHUN HINGGA 16 TAHUN |
Tujuan :
Tujuan program STEM : Poster Sempena Sambutan Kemerdekaan ini adalah untuk memperingati tarikh keramat negara kita telah merdeka pada 31 Ogos 1957. Bersempena bulan kemerdekaan ini, PEDi Parit telah berkolaborasi dengan MTQ Addin 9 dalam membangunkan Poster Kemerdekaan bertemakan Malaysia Madani : Tekad Perpaduan Penuhi Harapan dengan menggunakan Aplikasi Canva. Dilihat para peserta teruja untuk belajar menggunakan Canva dan dalam masa yang sama boleh mereka dapat menonjolkan kemahiran dan kreativiti dalam mereka bentuk poster masing-masing. Dengan program ini, sedikit sebanyak para peserta dapat menaikkan semangat patriotisme dan mengingati sejarah perjuangan tokoh terdahulu. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga peserta banyak terokai ilmu yang baharu seperti menyunting gambar, tulisan dan sebagainya.