TARIKH  21 SEPTEMBER 2023
MASA 9.30 AM - 10.30 AM                  
LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PARIT
PROGRAM KEUSAHAWANAN : PRODUK KAIT
PESERTA 1 ORANG USAHAWAN
UMUR 35

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan : 

Sesi perjumpaan bersama usahawan adalah bertujuan untuk membantu usahawan baru di sekitar Parit ini untuk mempromosikan barangan mereka ke pasaran. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai cara pemasaran, platform pemasaran yang digunakan, serta target audience untuk produk yang dihasilkan. Fungsi PEDi melakukan perjumpaan ini adalah untuk menjadi orang tengah yang dapat membantu mempromosikan produk usahawan sekitar Parit dan dalam masa yang sama sebagai ejen pemasaran digital bagi usahawan baru.

 

GAMBAR DISINI


 

TARIKH  23 SEPTEMBER 2023
MASA 2.00 PM - 5.00 PM                  
LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PARIT
PROGRAM STEM : POSTER SEMPENA HARI MAULIDUR RASUL
PESERTA 20 ORANG PELAJAR MTQ ADDIN 9
UMUR 10 TAHUN HINGGA 16 TAHUN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan : 

Tujuan program STEM : Poster Sempena Hari Maulidur Rasul ini adalah untuk memperingati tarikh kelahiran Nabi Muhammad kita iaitu pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 28 September 2023. Bersempena bulan Maulidur Rasul ini, PEDi Parit telah berkolaborasi dengan MTQ Addin 9 dalam membangunkan Poster Maulidur Rasul dengan menggunakan Aplikasi Canva. Dilihat para peserta teruja untuk belajar menggunakan Canva dan dalam masa yang sama boleh mereka dapat menonjolkan kemahiran dan kreativiti dalam mereka bentuk poster masing-masing. Dengan program ini, sedikit sebanyak para peserta dapat menaikkan semangat kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW dan mengingati sejarah perjuangan baginda terdahulu. Bukan itu sahaja, melalui program ini juga peserta banyak terokai ilmu yang baharu seperti menyunting gambar, tulisan dan sebagainya. 

 

 GAMBAR DISINI


 

TARIKH  23 SEPTEMBER 2023
MASA 9.30 AM - 3.15 PM               
LOKASI PEDI PARIT
PROGRAM
E-TUISYEN (BM, ENGLISH DARJAH 4 & SAINS DARJAH 6)
PESERTA 2 ORANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) untuk pelajar sekolah rendah bermula dari darjah 4 sehingga darjah 6. Melalui tuisyen ini pelajar diberi latihan dan dapat mengukuhkan pemahaman peserta. 
 

TARIKH  24 SEPTEMBER 2023
MASA 9.00 AM - 5.00 PM                  
LOKASI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) PARIT
PROGRAM KURSUS INTENSIF MICROSOFT OFFICE & INTERNET (SIRI 4)
PESERTA 20 ORANG PELAJAR MTQ ADDIN 9
UMUR 10 TAHUN HINGGA 16 TAHUN

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan :

Kursus Intensif ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta dalam menggunakan aplikasi Microsoft Office dan juga Internet. Bagi Siri Keempat ini, peserta diberikan pendedahan dalam menggunakan fungsi-fungsi utama yang ada di dalam Microsoft Word seperti fungsi table, page border, page break, header, footer, gambar dan carta organisasi. Selain daripada pendedahan Microsoft Word, peserta turut didedahkan dengan penggunaan Internet seperti Google Image dan sebagainya. 

 

GAMBAR DISINI


 

 

TARIKH  26 Ogos 2023
MASA 9.30 AM - 12.30 PM         
LOKASI PEDI PARIT
PROGRAM
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
PESERTA 18 ORANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tujuan : 
 

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.

 

GAMBAR DISINI