yat2   yat

 Muhamad Aminnur Hidayat Bin Zainal Abidin

LATAR BELAKANG

Awal tahun 2016 saya bermula hanya dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk menghasil rekaan banner, poster & baju. Bermula dari detik itu saya telah mendapat permintaan dari rakan-rakan yang kebanyakannya datang bertanyakan khidmat tshirt printing. Pertengahan tahun 2016 saya mula mencari ilmu dalam bidang percetakan Tshirt yang dikenali dengan kaedah silkscreen iaitu cetakan dengan menggunakan kain sutera. Hasil dari ilmu yang dipelajari saya telah mempraktikan segala yang dipelajarai seterusnya hasil kerja saya mula mendapat tempahan sikit demi sedikit.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM

 Masih belajar di Politeknik dan menjalani latihan industri. Sepanjang tempoh itu, mencari idea untuk perniagaan.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PERLIBATAN PIM

Mengakses maklumat yang boleh dijadikan rujukan.

Mereka cipta logo perniagaan sebagai satu tarikan untuk pelanggan mudah mengenali

Mengakses pautan Youtube mengenai kaedah cetakan silkscreen, idea rekaan, cara-cara untuk mempromosikan perkhidmatan melalui atas talian.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI PIM

Pembelajaran tentang cara mempromosikan perkhidmatan diatas talian contohnya menggunakan aplikasi dashboard MyShop sebagai satu perisian dalam mengiklankan perkhidmatan yang saya jalankan.

BAGAIMANA PIM MEMBANTU PEKEMABANGAN PERNIAGAAN / PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT

Menyediakan ruang yang selesa dan komputer yang banyak serta berkeadaan baik untuk digunakan ketika mencari idea atau rujukan

Kelajuan internet yang memuaskan membolehkan saya mengakses beberapa aplikasi suntingan dengan baik sekali tanpa sebarang halangan. Kerja kami menjadi mudah dan senang dalam mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan