TARIKH | 21 APRIL 2024 |
MASA | 10.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS INTENSIF MICROSOFT OFFICE 2021 & MULTIMEDIA
|
PESERTA | 2 ORANG (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasasn mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 7 APRIL 2024 |
MASA | 3.00 - 5.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KELAS REKABENTUK E-KAD RAYA
|
PESERTA | 5 ORANG |
Kelas Rekabentuk E-Kad Raya membimbing peserta-peserta untuk menghasilkan E-Kad Raya menggunakan perisian online iaitu Canva. Peserta dibimbing cara-cara untuk memuat naik gambar, menukar warna latar belakang E-kad, memasukkan element-element seperti grafik dan frame untuk menghiasi e-kad mereka. Sebagai tambahan, peserta diajar cara-cara untuk memasukkan lagu raya dan menganimasikan grafik mereka.
TARIKH | 5 APRIL 2024 |
MASA | 2.30 - 4.30 PM |
LOKASI | PEDi PARIT |
PROGRAM |
KELAS KEUSAHAWANAN : TIK TOK & FACEBOOK LIVE
|
PESERTA | 3 ORANG |
Kelas Tik Tok dan Facebook Live ini memperkenalkan cara-cara menggunakan Tik Tok dan Facebook Live. Memperkenalkan peserta penggunaan e-dagang, cara-cara menyertai serta membuat Live di Tik Tok dan Facebook.
TARIKH | 6 HINGGA 7 APRIL 2024 |
MASA | 9.30 AM - 10.30 AM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
E-TUISYEN (BAHASA MELAYU & SAINS TAHUN 5)
|
PESERTA | 1 ORANG PELAJAR SKIS |
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) yang bermula dari pelajar prasekolah sehingga pelajar sekolah rendah (6 tahun hingga Darjah 6). Melalui e-tuisyen ini pelajar diajar oleh guru dengan memberi latihan dan bahan pengajaran yang berasaskan pendidikan abad ke 21 agar dapat mengukuhkan pemahaman peserta serta menarik minat pelajar untuk belajar di platform atas talian.
TARIKH | 31 MAC 2024 |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
PERTANDINGAN MEWARNA & SILANG KATA
|
PESERTA | 24 ORANG PESERTA |
Pertandingan mewarna dan silang kata diadakan di NADI Parit bersempena dengan Program Ceria Bersama Muhadijah. Pertandingan mewarna disertai oleh pelajar berusia 5 hingga 9 tahun, manakala pertandingan silang kata disertai oleh pelajar berusia 10 hingga 12 tahun. Seramai 24 orang peserta daripada SRAR Taqdimiah dan SRAR Anwariah yang menyertai program ini.