TARIKH  30 MAC 2024
MASA 9.30 AM - 12.30 PM             
LOKASI NADI PARIT
PROGRAM
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
PESERTA 16 ORANG USAHAWAN
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.
 
TARIKH  30 HINGGA 31 MAC 2024
MASA 9.30 AM - 1.00 PM             
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
E-TUISYEN (BAHASA MELAYU, SAINS & MATEMATIK TAHUN 5)
PESERTA 1 ORANG PELAJAR SKIS
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) yang bermula dari pelajar prasekolah sehingga pelajar sekolah rendah (6 tahun hingga Darjah 6). Melalui e-tuisyen ini pelajar diajar oleh guru dengan memberi latihan dan bahan pengajaran yang berasaskan pendidikan abad ke 21 agar dapat mengukuhkan pemahaman peserta serta menarik minat pelajar untuk belajar di platform atas talian. 
 
 
 
TARIKH  22 MAC 2024
MASA 2.30 - 4.30 PM
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
KELAS KEUSAHAWANAN : TIK TOK & FACEBOOK LIVE
PESERTA 3 ORANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kelas Tik Tok dan Facebook Live ini memperkenalkan cara-cara menggunakan Tik Tok dan Facebook Live. Memperkenalkan peserta penggunaan e-dagang, cara-cara menyertai serta membuat Live di Tik Tok dan Facebook. 
 
 
TARIKH  24 MAC 2024
MASA 2.30 - 4.30 PM
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021
PESERTA 2 ORANG (BELIA)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kursus ini memberi bimbingan penggunaan aplikasi Microsoft Office dan penggunaan fungsi-fungsinya untuk menghasilkan dokumen dengan format yang betul dan kemas. 
 
 
TARIKH  18 HINGGA 22 MAC 2024
MASA 8.00 PAGI - 4.30 PETANG
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
PENDAFTARAN PADU BERSAMA JABATAN PERANGKAAN
PESERTA 82 ORANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pembukaan Kaunter Fizikal PADU di PEDi Parit pada 18 hingga 22 Mac 2024 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan. Seramai 82 orang peserta dari sekitar kawasan Parit hadir untuk mendaftar PADU pada minggu ini.