TARIKH  7 MAC 2024 (KHAMIS)
MASA 3.00 - 5.30 PETANG
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
STEM : KELAS PENGENALAN 3D MODEL DAN TAYANGAN VIDEO KDB
PESERTA 18 ORANG 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kelas Pengenalan 3D Model memperkenalkan fungsi-fungsi asas 3D Model menggunakan perisian 3D One. Peserta diajar membuat bentuk-bentuk asas dan bagaimana melukis pasu dalam bentuk 3D serta mewarnakan model mereka. 
 
Peserta berumur dalam lingkungan 7 hingga 15 tahun. 
 
 

 

TARIKH  26 FEBRUARI & 1 MAC 2024
MASA 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
PENDAFTARAN PADU BERSAMA JABATAN PERANGKAAN
PESERTA 30 ORANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Pembukaan Kaunter Fizikal PADU di PEDi Parit pada 26 Februari & 1 Mac 2024 dengan kerjasama Jabatan Perangkaan. Seramai 30 orang peserta dari sekitar kawasan Parit hadir untuk mendaftar PADU pada minggu ini. 
 
 
TARIKH  24 FEBRUARI 2024
MASA 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
BENGKEL ARTIFICIAL INTELLIGENCE (AI)
PESERTA 20 ORANG (USAHAWAN & BELIA)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
PEDi Parit telah mengadakan Bengkel Artificial Intelligence (AI) yang disertai oleh 10 orang usahawan dan 10 orang belia. Bengkel ini memberi pendedehan tentang fungsi-fungsi AI dan cara-cara menggunakan ChatGPT untuk mendapat maklumat dan menyelesaikan masalah. Seterusnya, peserta dibimbing untuk mencipta prompt bagi menjana imej AI dengan menggunakan BING Image Generator. Sebagai acara kemuncak, pertandingan imej AI terbaik telah diadakan dengan bertemakan Kuih Muih Tradisional. Peserta diberi sijil dan goodies sebagai cenderahati program ini.
 
 
TARIKH  24 - 25 FEBRUARI 2024
MASA 9.30 AM - 3.15 PM             
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
E-TUISYEN (BM, ENGLISH TAHUN 4) & (MATEMATIK TAHUN 4 &6) 
PESERTA 2 ORANG PELAJAR SKIS
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) yang bermula dari pelajar prasekolah sehingga pelajar sekolah rendah (6 tahun hingga Darjah 6). Melalui e-tuisyen ini pelajar diajar oleh guru dengan memberi latihan dan bahan pengajaran yang berasaskan pendidikan abad ke 21 agar dapat mengukuhkan pemahaman peserta serta menarik minat pelajar untuk belajar di platform atas talian. 
 
 
TARIKH  24 FEBRUARI 2024
MASA 9.00 PAGI - 1.00 PETANG
LOKASI PEDi PARIT
PROGRAM
MINI PROGRAM PEDi PARIT : MEMPERKASA KOMUNITI DIGITAL
PESERTA 40 0RANG
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Mini Program PEDi Parit : Memperkasa Komuniti Digital telah berlangsung pada Sabtu, 24 Februari 2024. Program ini memsasarkan penglibatan belia, usahawan dan agensi. Antara aktiviti yang dijalankan semasa program berlangsung adalah Pembukaan Kaunter Fizikal PADU, Pembukaan Kaunter dan Promosi Keahlian Perpustakaan Desa Parit, Pameran dan Jualan Booth Usahawan Asam Laksa Nyornya E-poh, Nice Neez Homebase Product (Sabun) dan The Bee Subtilis Bokashi.