TARIKH | 6 JANUARI 2023 |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM & 3.00 PM - 5.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | BENGKEL ASAS MICROSOFT WORD |
PESERTA | 1 ORANG |
UMUR | 55 TAHUN |
Tujuan :
- Peserta telah belajar untuk menggunakan Microsoft Word dengan lebih mendalam seperti membuat table, tukar saiz dan jenis font, membuat mind mapping menggunakan Smart Art, memasukkan gambar dalam Microsoft Word, memuat turun gambar dalam laman web dan sebagainya sepanjang sesi bengkel dijalankan.
TARIKH | 19 DISEMBER 2022 |
MASA | 2.30 PM - 4.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN ICT & E-WASTE |
PESERTA | 11 ORANG KANAK-KANAK |
Tujuan :
- tujuan pengenalan kepada perkakasan ICT ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai cara yang betul menggunakan perkakasan ICT di PEDi Parit serta fungsinya. Dengan cara ini mereka akan lebih terdedah dengan cara penggunaanperkakasan dengan betul. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan kebaikkan E-Waste. PEDi Parit menggalakkan peserta untuk mengitar semula gadjet kerana ia mampu mengurangkan toksik di alam sekitar.
TARIKH | 9 DISEMBER 2022 |
MASA | 10.00 AM - 12.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | 24 ORANG PELAJAR TINGKATAN 4 SMA MAAHAD AL AZIZ |
Tujuan :
24 orang pelajar tingkatan 4 SMA Maahad Al Aziz telah mengambil ujian psikometrik untuk mengenal personaliti diri dengan lebih mendalam. Kesemua pelajar ini telah menjawab ujian secara online dengan bimbingan daripada pihak guru dan juga penolong pengurus PEDi Parit. Dengan ujian yang dijalankan, para pelajar telah mengenali diri mereka dengan lebih baik seperti kelemahan dan kelebihan diri mereka. Ini dapat membantu membina personaliti mereka dengan lebih baik.
TARIKH | 13 DISEMBER 2022 |
MASA | 10.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | KELAS KEUSAHAWANAN: ASAS BERNIAGAA DI SHOPEE |
PESERTA | 2 ORANG USAHAWAN BARU |
Tujuan :
- Kelas Asas Shopee ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan baru mengenai perniagaan atas talian (online). Di dalam kelas ini juga kami turut membantu usahawan baru untuk mendaftar akaun shopee, membuka kedai di Shope, memuat naik produk, menguruskan seller centre dan seterusnya mengajar cara penghantaran pesanan.
TARIKH | 1 DISEMBER 2022 |
MASA | 8.00 AM - 12.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | 19 ORANG PELAJAR SMA MAAHAD AL AZIZ |
Tujuan :
19 orang pelajar SMA Maahad Al Aziz telah belajar menggunakan aplikasi pembelajaran untuk membuat Ujian Pentaksiran Kompetensi dan Literasi (PKL). Kesemua pelajar ini telah menjawab ujian secara online di platform Google Form dengan bimbingan daripada pihak guru dan juga penolong pengurus PEDi Parit. Antara ujian yg telah mereka ambil adalah seperti Sains, Matematik dan Kewangan.