TARIKH | 5 NOVEMBER 2022 |
MASA | 2.30 PM - 4.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | KLIK DENGAN BIJAK |
PESERTA | 9 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH SULTAN MUHAMMAD |
UMUR | 13 HINGGA 14 TAHUN |
Tujuan :
-
-
Klik Dengan Bijak (KDB) adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Tujuan utama diadakan KDB ini adalah untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada peserta dan dalam masa yang sama untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet). Selain itu, program KDB ini juga bertujuan untuk memberi rasa tanggungjawab dalam kalangan peserta semasa menggunakan Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet. Antara modul program adalah seperti Internet dan Anda, Maklumat Palsu, Oversharing, Penipuan Internet dan Buli Siber. Berikut merupakan antara komponen yang telah dikongsikan
-
KESELAMATAN-Untuk mendidik peserta agar menggunakan internet dengan cara yang selamat seperti tidak mendedahkan info diri seperti kad pengenalan, no akaun dan sebagainya
-
KEWASPADAAN-Untuk menggalakkan peserta untuk berwaspada semasa berinteraksi di online, berhati-hati apabila berkongsi maklumat dan sebagainya
-
TANGUNGJAWAB-Untuk memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di kalangan masyarakat.
- GAMBAR DISINI
-
TARIKH | 29 OKTOBER 2022 |
MASA | 9.30 AM - 2.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | PROGRAM KWSP - KASIH SURI KELUARGA MALAYSIA DAN I SARAAN |
PESERTA | 62 ORANG KOMUNITI SEKITAR PARIT |
UMUR | 18 HINGGA 55 TAHUN |
Tujuan :
-
Tujuan program ini adalah untuk membantu masyarakat sekitar Parit, Bota, Belanja, Lambor dan Layang-layang mendapat informasi terkini berkaitan Skim Kasih Suri Keluaraga Malaysia dan i-Saraan, disamping perkhidmatan-perkhidmatan lain yang disediakan oleh KWSP. Selain itu, program ini adalah salah satu inisiatif jangka masa panjang untuk mempromosikan Kesedaran Kewangan dan Persaraan dalam komuniti di Parit supaya dapat membuat perancangan persaraan yang lebih selesa dalam menangani masalah ketidakcukupan simpanan di masa hadapan.
- GAMBAR DISINI
TARIKH | 30 SEPTEMBER 2022 |
MASA | 3.00 PM - 4.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | 2 ORANG |
Tujuan :
Menggunakan Microsoft Word untuk membuat surat rasmi.
TARIKH | 16 OKTOBER 2022 |
MASA | 10.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | CELIK IT SIRI 2: BENGKEL ASAS MICROSOFT POWER POINT |
PESERTA | PELAJAR MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 9, CHOPIN |
UMUR | 9 HINGGA 14 TAHUN |
Tujuan :
- Tujuan utama Program Celik IT ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan pelajar-pelajar MTQ Addin 9 dengan ilmu ICT yang mana ia merupakan ilmu yang penting masa kini. Semasa program ini dijalankan, pelajar ini diperkenalkan dengan fungsi Microsoft Power Point yang mana pelajar belajar untuk menggunakan Microsoft Power Point dengan lebih mendalam seperti membuat design power point, tukar saiz dan jenis font, membuat mind mapping menggunakan Smart Art, memasukkan gambar dalam Microsoft Power Point, memuat turun gambar dalam laman web, merekod suara serta video dalam power point, memuat turun video dan surah di dalam website dan sebagainya semasa aktiviti bersama pelajar dilakukan.
- GAMBAR DISINI
TARIKH | 30 SEPTEMBER 2022 |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | KELAS ASAS SHOPEE |
PESERTA | 2 ORANG USAHAWAN |
Tujuan :
- Kelas Asas Shopee ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan baru mengenai perniagaan atas talian (online). Di dalam kelas ini juga kami turut membantu usahawan baru untuk mendaftar akaun shopee, membuka kedai di Shope, memuat naik produk, menguruskan seller centre dan seterusnya mengajar cara penghantaran pesanan.
- GAMBAR DISINI