TARIKH  17 MAC 2023
MASA 9.00 AM - 12.30 PM & 2.00 PM - 5.30 PM                       
LOKASI PEDI PARIT
PROGRAM
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
PESERTA 35 ORANG
 
 

 

 

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.

GAMBAR DISINI


 

TARIKH  17 MAC 2023
MASA 10.00 AM - 12.00 PM                           
LOKASI PEDI PARIT
PROGRAM
TAKLIMAT GERAN USAHAWAN PERAK (GERAK)
PESERTA 20 ORANG 
 
 

 

 





Geran Usahawan Perak (GeRak) ini adalah inisiatif kerajaan negeri Perak untuk membantu usahawan-usahawan di Negeri Perak. Taklimat yang dianjurkan oleh Rakan Digital PEDi Parit ini adalah untuk memberi peluang dan membantu usahawan sekitar Parit yang ingin memulakan perniagaan melalui Geran Usahawan Perak (GeRak) ini.

 GAMBAR DISINI


 

TARIKH  8 FEBRUARI 2023
MASA 10.00 AM - 12.00 PM                           
LOKASI SEKOLAH RENDAH SRI CHANGKAT, KAMPUNG GAJAH
PROGRAM PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
PESERTA 100 ORANG PELAJAR 

 

 

 

 
 
 
PEDi Kluster Perak Tengah telah mengadakan kolaborasi bersama SK Sri Changkat, SK Bandar dan SK Toh Paduka Raja melalui penganjuran Program Klik Dengan Bijak (KDB) kepada para pelajar pada 8 Februari 2023 di Kantin Sk Sri Changkat.
 
Pelbagai aktiviti telah dijalankan kepada 100 orang pelajar termasuk taklimat KDB yang disampaikan oleh kakitangan PEDi dengan topik yang disampaikan mengenai Buli Siber, Online Grooming dan Ketagihan Internet.
Program KDB bertujuan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar mengenai keselamatan dan jenayah siber.
Semoga setiap perkongsian yang disampaikan kepada para pelajar memberi manfaat dalam melayari dunia alam siber.
 
 

TARIKH  14 FEBRUARI 2023
MASA 9.00 AM - 12.30 PM                           
LOKASI SMK SULTAN MUHAMMAD SHAH, PARIT
PROGRAM
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK
(BULI SIBER, PENGANTUNAN DALAM TALIAN & KETAGIHAN INTERNET)
PESERTA 150 ORANG PELAJAR 
 
 

 

 

PEDi Kluster Perak Tengah yang terdiri dari PEDi Parit, Pedi Seri Iskandar, dan Pedi Sungai Galah telah menganjurkan Program Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Buli Siber, Pengantunan dalam talian dan Ketagihan internet pada 14 Februari 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah, Parit.
Program KDB bertujuan bagi mendidik dan meningkatkan kesedaran pelajar-pelajar mengenai keselamatan dan jenayah siber. Semoga setiap perkongsian yang disampaikan kepada para pelajar memberi manfaat dalam melayari dunia alam siber. Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi meningkatkan pengetahuan dan pembelajaran dalam mewujudkan keharmonian penggunaan internet secara positif.

TARIKH  10 JANUARI 2023
MASA 10.00 AM - 12.00 PM                           
LOKASI PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT
PROGRAM KELAS KEUSAHAWANAN: ASAS BERNIAGA DI SHOPEE (PERSONAL CLASS)
PESERTA 1 ORANG USAHAWAN BARU

 

 

 

 

 

 

 

 

Tujuan :

  • Kelas Asas Shopee ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan baru mengenai perniagaan atas talian (online). Di dalam kelas ini juga kami turut membantu usahawan baru untuk mendaftar akaun shopee, membuka kedai di Shope, memuat naik produk, menguruskan seller centre dan seterusnya mengajar cara penghantaran pesanan. 

 

GAMBAR DISINI