TARIKH | 18 SEPTEMBER 2022 |
MASA | 10.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PROGRAM | CELIK IT : PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN ICT & BENGKEL ASAS MICROSOFT WORD |
PESERTA | MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN WAL QIRAAT ADDIN 9, CHOPIN |
UMUR | 9 HINGGA 14 TAHUN |
Tujuan :
- Tujuan utama Program Celik IT ini dilakukan adalah untuk memperkenalkan pelajar-pelajar MTQ Addin 9 dengan ilmu ICT yang mana ia merupakan ilmu yang penting masa kini. Semasa program ini dijalankan, pelajar ini diperkenalkan dengan perkakasan-perkaskasan ICT seperti mouse, keyboard, monitor, printer, scanner, server, fungsi CDCC dan sebagainya. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar ini turut diperkenalkan dengan peranti input dan juga peranti output agar pelajar-pelajar ini dapat membezakan peranti yang digunakan dan mengetahui fungsi setiap peranti yang digunakan.
- Selain itu, pelajar turut diperkenalkan aplikasi-aplikasi didalam komputer beserta fungsinya seperti aplikasi Google Chrome, Microsoft Office, Adobe, VLC dan sebagainya. Setelah itu, pelajar turut menyertai Bengkel Asas Microsoft Office yang mana pelajar belajar untuk menggunakan Microsoft Word dengan lebih mendalam seperti membuat table, tukar saiz dan jenis font, membuat mind mapping menggunakan Smart Art, memasukkan gambar dalam Microsoft Word, memuat turun gambar dalam laman web dan sebagainya semasa aktiviti bersama pelajar dilakukan.
TARIKH | 11 SEPTEMBER 2022 |
MASA | 2.30 PM - 4.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | TERBUKA KEPADA KOMUNITI |
Tujuan :
- Tujuan utama tayangan video patriotik adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan komuniti dengan pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang terdahulu demi mencapai keharmonian yang kita rasai kini. Selain itu, dengan tayangan ini juga dapat memberi makna kemerdekaan yang sebenarnya terutamanya yang melibatkan peristiwa 13 Mei. Ini dapat memberi penyedaran kepada komuniti tentang kepentingan keharmonian sejagat terutamanya kepada golongan belia dan kanak-kanak.
TARIKH | 27 OGOS 2022 |
MASA | 2.30 PM - 3.30 PM |
PLATFORM | KAHOOT |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | TERBUKA KEPADA KOMUNITI |
Tujuan :
- Memberi pendedahan kepada komuniti sempena Hari Kemerdekaan.
- Menyemarakkan lagi semangat patriotisme komuniti dalam mengenal tarikh-tarikh penting dan sejarah kemerdekaan tanah air kita.
TARIKH | 27 OGOS 2022 |
MASA | 3.30 PM - 4.30 PM |
PLATFORM | CANVA |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | TERBUKA KEPADA KOMUNITI |
Tujuan :
- Melahirkan komuniti yang celik IT dan boleh menggunakan platform Canva dengan baik.
- Dapat mencungkil bakal komuniti dalam menghasilkan grafik poster.
- Dengan pertandingan poster kemerdekaan ini dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme komuniti dengan menghasilkan karya yang baik semasa menghasilkan poster.
TARIKH | 29 JULAI 2022 |
MASA | 8.30 AM - 4.30 PM |
LOKASI | PUSAT INTERNET KOMUNITI (PEDi) PARIT |
PESERTA | TERBUKA KEPADA KOMUNITI |
Tujuan :
- Memberi pendedahan secara praktikal kepada peserta terhadap web dan aplikasi shopee.
- Memberi tunjuk ajar cara yang betul untuk mempromosikan dan memasarkan produk menggunakan platfom shopee.