TARIKH | 29 JUN 2024 |
MASA | 9.30 AM - 12.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
|
PESERTA | 19 ORANG USAHAWAN |
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.
TARIKH | 23 JUN 2024 |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS MICROSOFT OFFICE 2021 & INTERNET
|
PESERTA | 1 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 15 JUN 2024 |
MASA | 2.30 - 4.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KELAS REKABENTUK GRAFIK MENGGUNAKAN CANVA
|
PESERTA | 1 ORANG (WANITA) |
Memperkenal peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan rekabentuk grafik seperti poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya. Dengan penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi dan boleh digunakan secara atas talian, dan mudah untuk disiarkan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi.
TARIKH | 22 - 23 JUN 2024 |
MASA | 9.30 AM - 4.15 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
ETUISYEN (BAHASA MELAYU TAHUN 5, SAINS DAN ENGLISH
TAHUN 4, 5, MATEMATIK TAHUN 6)
|
PESERTA | 3 ORANG PELAJAR SKIS |
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) yang bermula dari pelajar prasekolah sehingga pelajar sekolah rendah (6 tahun hingga Darjah 6). Melalui e-tuisyen ini pelajar diajar oleh guru dengan memberi latihan dan bahan pengajaran yang berasaskan pendidikan abad ke 21 agar dapat mengukuhkan pemahaman peserta serta menarik minat pelajar untuk belajar di platform atas talian.
TARIKH | 9 JUN 2024 |
MASA | 2.30 - 4.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS SOFTSKILL : RESUME
|
PESERTA | 1 ORANG LEPASAN SPM |
Membimbing peserta untuk menghasilkan resume infografik dengan menggunakan aplikasi atas talian iaitu Canva. Petugas memilih aplikasi Canva kerana aplikasi ini mudah dikendalikan serta mempunyai pelbagai contoh resume. Peserta telah belajar cara untuk remove background gambar, masuk gambar serta info-info yang berkaitan secara infografik agar ia lebih menarik dan mudah untuk difahami.