TARIKH | 27 JULAI 2024 |
MASA | 3.00 - 5.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
PENGENALAN TEKNOLOGI HOLOGRAM
DAN PENGGUNAANNYA DALAM INDUSTRI
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Kursus ini memperkenalkan peserta kepada teknologi hologram, bagaimana hologram terhasil. Video penggunaan hologram dalam industri seperti pemasaran, pameran di museum dan lain-lain ditayangkan bagi mengukuhkan pemahaman dan konsep hologram kepada peserta. Di akhir kelas, petugas menunjukkan DIY Hologram kepada peserta.
TARIKH | 21 JULAI 2024 |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT EXCEL 2021
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 15 JULAI 2024 |
MASA | 2.30 - 4.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
BIMBINGAN REKABENTUK PROFILE PERNIAGAAN
|
PESERTA | 1 ORANG USAHAWAN |
Memperkenal peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan rekabentuk grafik seperti poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya. Dengan penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi dan boleh digunakan secara atas talian, dan mudah untuk disiarkan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi.
TARIKH | 21 JULAI 2024 |
MASA | 10.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS INTENSIF MICROSOFT OFFICE 2021
|
PESERTA | 2 ORANG PESERTA (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 15 JULAI 2024 |
MASA | 9.30 AM - 12.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
|
PESERTA | 15 ORANG USAHAWAN |
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.