TARIKH | 12 OGOS 2024 |
MASA | 3.30 - 5.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
BIMBINGAN ICT : MICROSOFT WORD
|
PESERTA | 1 ORANG (WANITA) |
Kelas Bimbingan Microsoft Word ini diadakan untuk memberikan panduan khusus kepada peserta dalam menggunakan dua fungsi penting, iaitu Table dan SmartArt. Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta merekod data secara tersusun dan membentuk carta organisasi dengan berkesan. Dengan bimbingan ini peserta dapat menyiapkan tugasan seperti yang dikehendakinya dengan lebih efisyen.
TARIKH | 4 OGOS 2024 |
MASA | 3.00 - 5.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KELAS ASAS CODING
|
PESERTA | 8 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Kelas asas coding ini bertujuan membimbing peserta dalam memahami dan mengaplikasikan fungsi-fungsi asas dalam pengaturcaraan, termasuk sequencing, debugging, basic loops, dan functions. Peserta diperkenalkan kepada urutan langkah-langkah dalam kod (sequencing), teknik mencari dan membetulkan ralat (debugging), penggunaan fungsi looping untuk pengulangan kod (basic loops), serta penulisan dan penggunaan fungsi (functions) untuk modulariti dan pengulangan tugas melalui aplikasi Rodocodo yang menarik.
TARIKH | 4 OGOS 2024 (AHAD) |
MASA | 9.00 AM - 11.00 AM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
E-LEARNING MATEMATIK TAHUN 1
|
SERTA | 1 ORANG (PELAJAR TAHUN 1) |
Kelas Asas Matematik Tahun 1 berjaya dilaksanakan seperti belajar mengira dan operasi tambah nombor melalui pembelajaran interaktif dalam talian. Aktiviti termasuk pengenalan konsep, latihan, permainan, dan kuiz untuk meningkatkan pemahaman. Latihan dan bahan pengajaran berasaskan pendidikan abad ke-21 dirancang untuk menguatkan pemahaman dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran dalam talian.
TARIKH | 4 OGOS 2024 |
MASA | 9.00 AM -11.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
STEM : PENANDA BUKU (CANVA)
|
PESERTA | 2 ORANG PESERTA (PELAJAR SEKOLAH) |
Memperkenalkan peserta mengenai penggunaan aplikasi Canva untuk menghasilkan rekabentuk asas seperti penanda buku dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya. Dengan penggunaan aplikasi ini juga, peserta tidak perlu membuat instalasi dan boleh digunakan secara atas talian, dan mudah untuk disiarkan ke media sosial yang lain seperti Facebook, Instagram dan banyak lagi.
TARIKH | 4 OGOS 2024 (AHAD) |
MASA | 9.00 AM - 11.00 AM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
E-LEARNING BAHASA INGGERIS TAHUN 5
|
SERTA | 1 ORANG (PELAJAR TAHUN 5) |
Kelas asas Bahasa Inggeris Tahun 5 berjaya dilaksanakan untuk mengajar grammar asas seperti singular dan plural melalui pembelajaran interaktif dalam talian. Aktiviti termasuk pengenalan konsep, latihan, permainan, dan kuiz untuk meningkatkan pemahaman. Latihan dan bahan pengajaran berasaskan pendidikan abad ke-21 dirancang untuk menguatkan pemahaman dan menarik minat pelajar dalam pembelajaran dalam talian.