TARIKH | 08.09.2024, AHAD |
MASA | 10.00 AM - 5.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & MULTIMEDIA
|
PESERTA | 2 ORANG PESERTA (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 07.09.2024, SABTU |
MASA | 8.00 AM - 5.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
PEMBUKAAN RERUAI NADI DI PESTA CEMPAKASARI
|
PESERTA | 100 PENGUNJUNG |
Pembukaan Reruai NADI Kluster Perak Tengah sempena Pesta Cempaksari 2024 di Pekan Parit. Antara aktiviti menarik yang disediakan adalah Kuiz KDB, Pertandingan Imej AI dan promosi keahlian NADI dengan hadiah istimewa. Seramai 11 orang berjaya mendaftar sebagai ahli NADI. Petugas dapat mempromosikan NADI-NADI di sekitar Perak Tengah dan perkhidmatan-perkhidmatan di NADI.
TARIKH | 24 0GOS 2024, SABTU |
MASA | 9.30 AM - 1.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
|
PESERTA | 13 ORANG USAHAWAN |
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.
TARIKH | 25.08.2024, AHAD |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & MULTIMEDIA
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 17 OGOS 2024 |
MASA | 11.00 AM - 1.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
BIMBINGAN ICT : MICROSOFT WORD
|
PESERTA | 1 ORANG (WANITA) |
Bimbingan ini memberi tunjuk ajar kepada peserta tentang cara menggunakan fungsi-fungsi asas di dalam perisian Microsoft Word. Selain itu, peserta turut dibimbing cara-cara menyimpan dokumen dalam format PDF serta berkongsi fail menggunakan aplikasi Telegram dan WhatsApp. Di akhir sesi bimbingan ini, peserta dapat menghasilkan dokumen kertas kerja dengan lebih kemas dan efisyen.