TARIKH  9 JULAI 2024
MASA 3.00 - 4.00 PM
LOKASI NADI PARIT
PROGRAM
BIMBINGAN SOFTSKILLS : RESUME 
PESERTA 1 ORANG PESERTA
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
Bimbingan diberikan kepada peserta dalam membuat resume infografik dengan menggunakan aplikasi Canva. Petugas memilih aplikasi Canva kerana aplikasi ini mudah dikendalikan serta mempunyai pelbagai contoh resume. Peserta telah belajar cara untuk remove background gambar, masuk gambar serta info-info yang berkaitan secara infografik agar ia lebih menarik dan mudah untuk difahami. 
 

TARIKH  30 JUN 2024
MASA 3.00 - 4.00 PM
LOKASI NADI PARIT
PROGRAM
PERMAINAN SNAKES & LADDER DAN KUIZ ICT
PESERTA 4 ORANG PELAJAR
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
Permainan Snakes & Ladder dan Kuiz ICT dengan topik Komputer dan Internet diadakan pada tarikh 30 Jun 2024 di NADI Parit. Disamping peserta bermain permainan snakes & ladder mereka dapat mengenali komponen perkakasan komputer seperti tetikus, keyboard dan lain-lain melalui soalan kuiz yang diajukan kepada peserta. Petugas juga memberikan penerangan ringkas mengenai topik tersebut.
 

TARIKH  29 JUN 2024
MASA 9.30 AM - 4.15 PM
LOKASI PERKARANGAN PEJABAT PENERANGAN DAERAH PERAK TENGAH
PROGRAM
PROGRAM JALINAN INSAN WAHANA ASPIRASI (JIWA)
PESERTA 350 PESERTA
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
Pameran Program JIWA Peringkat Parlimen Parit yang diadakan di Perkarangan Pejabat Penerangan Daerah Perak Tengah pada 29 Jun 2024 yang dihadiri oleh komuniti Madani, agensi-agensi kerajaan dan komuniti sekitar. Anggaran pengunjung dianggarkan mencecah sehingga 350 orang. Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan adalah seperti Tayangan Video KDB, Kuiz KDB dan penerangan mengenai fungsi dan peranan NADI kepada komuniti. Selain itu petugas turut menerangkan kepada pengunjung mengenai cara-cara penggunaan internet yang baik dan mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dalam internet. Turut hadir menjayakan program adalah NADI Kg Gajah dan NADI Seri Iskandar. 
 

TARIKH  30 JUN 2024
MASA 10.00 AM - 12.00 PM
LOKASI NADI PARIT
PROGRAM
KURSUS MICROSOFT OFFICE 2021 & INTERNET
PESERTA 1 ORANG PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH  29 - 30 JUN 2024
MASA 9.30 AM - 4.15 PM
LOKASI NADI PARIT
PROGRAM
ETUISYEN (BAHASA MELAYU TAHUN 5, SAINS DAN ENGLISH
TAHUN 4, 5, MATEMATIK TAHUN 6)
PESERTA 3 ORANG PELAJAR SKIS
 
 
 
 
 
 
 
 
  
 
E-tuisyen adalah tuisyen yang dilakukan secara atas talian (online) yang bermula dari pelajar prasekolah sehingga pelajar sekolah rendah (6 tahun hingga Darjah 6). Melalui e-tuisyen ini pelajar diajar oleh guru dengan memberi latihan dan bahan pengajaran yang berasaskan pendidikan abad ke 21 agar dapat mengukuhkan pemahaman peserta serta menarik minat pelajar untuk belajar di platform atas talian.