TARIKH | 14.10.2024, ISNIN |
MASA | 10.00 AM - 12.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
SARINGAN KESIHATAN PERCUMA
|
PESERTA | 3 ORANG PESERTA (WANITA) |
Komuniti boleh mendapatkan saringan kesihatan percuma di NADI Parit seperti saringan tekanan darah, bacaan gula dalam darah dan kiran Body Mass Index (BMI) dengan hanya mendaftar keahlian di NADI Parit. Program ini dapat menggalakan komuniti mendapatkan maklumat mengenai kesihatan mereka dan sekiranya boleh berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan kesihatan mereka tidak memuaskan.
TARIKH | 11.10.2024, JUMAAT |
MASA | 10.00 AM - 4.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & MULTIMEDIA
|
PESERTA | 1 ORANG PESERTA (BELIA) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office 2021 dengan modul-modul seperti Microsoft Word, Excel, Power Point dan Canva dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan tugasan dengan efisyen dan mengikut format yang lebih sistematik, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.
TARIKH | 21 SEP 2024 |
MASA | 9.30 AM - 12.30 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN
|
PESERTA | 16 ORANG USAHAWAN |
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan mengenai aspek-aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri pengendali dan juga premis makanan dan seterusnya bagi mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara. Kursus ini adalah wajib diambil oleh majikan dan juga pekerja khususnya bagi pengendali-pengendali makanan.
TARIKH | 28.09.2024, SABTU |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
TAKLIMAT ESUKAN
|
PESERTA | 24 PESERTA |
Taklimat penyertaan e-sukan di Nadi Parit menerangkan syarat-syarat penyertaan kepada semua peserta. Peserta akan dibekalkan dengan sumber latihan serta bimbingan daripada jurulatih berpengalaman. Hala tuju e-sukan sebagai kerjaya termasuk peluang pekerjaan dalam industri permainan, pengurusan acara, dan pengembangan kemahiran digital.
TARIKH | 08.09.2024, AHAD |
MASA | 10.00 AM - 12.00 PM |
LOKASI | NADI PARIT |
PROGRAM |
KURSUS ASAS MICROSOFT OFFICE 2021 & INTERNET
|
PESERTA | 1 ORANG (PELAJAR SEKOLAH) |
Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi peserta ke tahap yang baharu. Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja dan tugasan mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.